CONTOH TEKS PENGACARAAN MAJLIS - PIDATO

Indah berbalam si awan petang,
Berarak di celah pepohon ara;
Pemanis kalam selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Bismillahhirrahmanirrahim,
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarkaatuh, selamat sejahtera dan salam perpaduan, salam satu Malaysia.

Yang Berhormat encik  kamarudin bin hashim,
Timbalan Pengarah Institut Pendidikan Guru Kampus Sultan Mizan merangkap Pengerusi Pengelola Pertandingan Pidato Kebudayaan Dan Keseniaan Melayu peringkat IPG Kampus Sultan Mizan.

Yang dihormati, tetamu-tetamu jemputan, pensyarah-pensyarah pembimbing, peserta-peserta pidato, tuan-tuan, puan-puan serta guru-guru pelatih yang dihormati sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Ilahi atas limpah kurnia dan keizinannya kita dapat bersama-sama  berkumpul dan memeriahkan majlis kita pada pagi ini.

Saya bagi pihak penganjur mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan sekalian ke Dewan Bendahara IPG Kampus Sultan Mizan, sempena Pertandingan Pidato Kebudayaan Dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan pada tahun 2012.

Untuk makluman hadirin sekalian,
pertandingan Pidato Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan ini telah disertai oleh 20 orang peserta dalam kalangan guru pelatih Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PPISMP) IPG Kampus Sultan Mizan.

Lebat kemiri pohonnya rendah,
Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Dengan harapan, semoga majlis kita pada pagi ini akan berjalan dengan lancar dan dirahmati Allah, majlis menjemput Al-Fadil Ustaz A. Mazlan Bin Ibrahim untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

(bacaan doa)

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Al-Fadil Ustaz A. Mazlan Bin Ibrahim atas bacaan  doa sebentar tadi.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, untuk tidak melengahkan masa, majlis  diteruskan lagi dengan atur cara seterusnya iaitu Pertandingan Pidato  Kebudayaan Dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan.

Sebelum memulakan pertandingan, saya membacakan dahulu syarat-syarat dan peraturan  pertandingan.
         Pertandingan dijalankan dalam dua bahagian. setiap peserta akan bertanding dalam kedua-dua bahagian tersebut.

        BAHAGIAN PERTAMA

         Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing dengan tajuk yang telah ditetapkan terlebih dahulu.
        BAHAGIAN KEDUA
         Pemidato akan menyampaikan pidato masing-masing secara spontan atas tajuk bebas yang akan dikemukakan oleh pengerusi pertandingan. pertandingan pidato secara spontan ini dijalankan selepas sahaja selesai pertandingan pidato bahagian pertama setiap kategori.

        SYARAT-SYARAT BERPIDATO

         Pemidato diberi masa 5 minit untuk pidato bahagian pertama, dan 3 minit untuk pidato bahagan kedua.
         Loceng akan dibunyikan sekali, satu minit sebelum tamat dan dua kali apabila masa  tamat.
         Sebarang penyampaian selepas loceng penamat dibunyikan tidak dipertimbangkan untuk pemberian markah.
         Pemidato yang membaca teks semasa berpidato berlangsung, akan dipotong markah.
         Persembahan kritikan terhadap isu-isu yang sensitif berkaitan dengan agama, bangsa dan kebudayaan  atau terhadap keperibadian seseorang adalah dilarang.
         Penggunaan bahasa atau tutur kata yang kurang sopan adalah dilarang.
         Pengerusi pidato berhak menegur pemidato yang melanggar peraturan di atas.

Pemidato akan diberi masa 5 minit untuk pidato bahagian A dan 3 minit untuk pidato bahagian B.

Pertandingan pidato ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan  bahagian B.

Untuk bahagian A, 30 markah diperuntukkan untuk isi dan idea. Pemidato akan diadili  dari segi pengutaraan tiga idea yang bernas, data-data dan sumber-sumber yang tepat termasuk huraiannya. 20 markah akan diberi untuk bahasa yang jelas, baku, gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan.

Bagi persembahan pula, 50 markah akan diberi untuk persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan, menunjukkan gaya yang menarik dan susunan isi yang tertib. 5 markah akan dipotong jika isi menyentuh isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

Bagi bahagian B pula, iaitu pidato secara impromtu, 40 markah akan diberikan untuk isi-isi yang bernas dan logik huraiannya. 30 markah diperuntukkan untuk penggunaan bahasa yang jelas, baku, gaya bahasa yang berkesan dan tepat dengan maksud yang hendak disampaikan. Dan 30 markah lagi diperuntukkan untuk persembahan yang lancar, kesesuaian nada, meyakinkan dan menunjukkan gaya yang menarik. Sekali lagi diingatkan kepada para peserta, 5 markah akan dipotong sekiranya pemidato menyentuh isu-isu sensitif seperti politik, agama, bangsa, kebudayaan dan peribadi serta menunjukkan perlakuan atau tutur kata yang kurang sopan.

Baiklah, hadirin sekalian,
Seterusnya dijemput para hakim untuk mengambil tempat masing-masing.

Pertandingan pada kali ini akan diadili oleh 3 orang juri yang terdiri daripada
1. Dr. Rosli bin Abdul Rahman dari Jabatan Pendidikan Inovasi Profesionalisme Keguruan. (KETUA HAKIM)
2. En. Muhammad bin Che Majid dari Jabatan Pengajian Melayu.
3. En. Mohd Sarifuddin bin Mat Salleh dari Jabatan Pengajian Melayu.

Dan penjaga masa ialah saudara Wan Mohd Izzuddin Bin Mat Rani dan saudari Siti Rosmani Binti Thalib.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian,
Pertandingan Pidato Kebudayaan Dan Kesenian Melayu dimulakan dengan pidato bahagian A. untuk itu, majlis dengan sukacita menjemput peserta pertama untuk menyampaikan pidato beliau. Dipersilakan.

 (peserta pertama)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Seterusnya, dipersilakan peserta kedua untuk menyampaikan pidato. Dipersilakan.

(peserta kedua)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Hadirin warga dewan sekalian,
Pertandingan Pidato Kebudayaan Dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan diteruskan lagi dengan mempersilakan peserta ketiga untuk menyampaikan pidato. Dipersilakan

(peserta ketiga)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Seterusnya peserta yang keempat.

(peserta keempat)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Diminta peserta yang kelima untuk memulakan pidatonya. Dipersilakan.

(peserta kelima)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Seterusnya peserta yang keenam,

(peserta keenam)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Kita teruskan lagi pertandingan ini, dengan menjemput peserta yang ketujuh.

(peserta ketujuh)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Hadirin warga dewan sekalian,
Pertandingan Pidato Kebudayaan Dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan diteruskan lagi dengan mempersilakan peserta kelapan untuk menyampaikan pidato. Dipersilakan.

(peserta kelapan)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Seterusnya untuk peserta yang kesembilan, dengan segala hormatnya dipersilakan.

(peserta kesembilan)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Hadirin warga dewan sekalian,
Pertandingan Pidato Kebudayaan Dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan diteruskan lagi dengan mempersilakan peserta kesepuluh untuk menyampaikan pidato. Dipersilakan.

(peserta kesepuluh)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Majlis berhenti rehat seketika, dan akan dihidangkan dengan persembahan nyanyian oleh Cik Nur Nadhirah binti Mohamad. Majlis diteruskan lagi dengan, peserta yang kesebelas dengan segala hormatnya dipersilakan.

(peserta kesebelas)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

Seterusnya peserta yang kedua belas, dipersilakan.

(peserta kedua belas)

Pidato bertajuk ...............................................................................................................
itu tadi telah disampaikan oleh peserta ................................................................................ dari ...................................
Terima kasih diucapkan.

 (peserta ketiga belas)

(peserta keempat belas)

 (peserta kelima belas)

(peserta keenam belas)

.
(peserta ketujuh belas)

(peserta kelapan belas)

(peserta kesembilan belas)

(peserta kedua puluh)

Begitulah tadi berakhirnya pertandingan pidato Bahagian A. Para peserta diminta bersedia untuk pertandingan pidato Bahagian B Iaitu pidato secara spontan.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
untuk pidato bahagian B ini, para peserta dikehendaki memilih 1 daripada 5 sampul yang mengandungi tajuk-tajuk tertentu. para peserta diberi 1 minit untuk bersedia. para peserta diberi masa 3 minit untuk menyampaikan pidato masing-masing.
masa bermula sebaik sahaja peserta mula menyampaikan pidato.

Tanpa melengahkan masa, dijemput peserta pertama untuk memilih sampul.

Peserta pertama telah memilih sampul nombor .................... sampul nombor ......................... mengandungi tajuk .................................................................

Anda diberi masa 1 minit untuk bersedia.

Dipersilakan peserta pertama untuk menyampaikan pidato bertajuk ..........................................................................................................................

Terima kasih diucapkan kepada peserta ................................  dari unit ........................................................... yang telah menyampaikan pidato yang bertajuk ..........................................................................................................................

sehinggalah kepada peserta yang kedua puluh, untuk memilih sampul yang bernombor, dipersilakan.

Dengan berakhirnya pidato dari peserta terakhir itu tadi, maka berakhirlah Pertandingan Pidato Kebudayaan dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan pada tahun 2012.

Majlis akan berhenti rehat seketika, bagi memberi laluan kepada juri untuk membuat permarkahan pertandingan.

Hadirin, tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
bagi membuat rumusan pertandingan, majlis dengan sukacita menjemput ketua hakim .................................................................................... untuk menyampaikan rumusan keseluruhan Pertandingan Pidato Kebudayaan dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan pada tahun 2012.

Majlis merakamkan terima kasih.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Seterusnya adalah ucapan perasmian penutupan. Untuk itu majlis dengan segala hormatnya menjemput Yang Berhormat, En Kamarudin bin Hashim, Timbalan Pengarah Institut Perguruan Kampus Sultan Mizan, merangkap pengerusi pengelola untuk berakhirlah Pertandingan Pidato Kebudayaan dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan, menyampaikan ucapan perasmian penutupan.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

(ucapan perasmian)

Demikianlah tadi ucapan perasmian penutupan oleh Yang Berbahagia, En. Kamarudin bin Hashim majlis merakamkan ucapan terima kasih.

Maka dengan ini, rasmilah sudah Pertandingan Pidato Kebudayaan dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan untuk tahun 2012.

Budak-budak bermain galah,
                           Bermain galah di tepian gelanggang;
          Ada yang menang ada yang kalah,
Itulah dia adat pertandingan.

Sebagai tanda penghargaan dan terima kasih majlis diteruskan lagi dengan upacara penyampaian cenderamata dan sijil. Bagi menyempurnakan acara ini, majlis dengan penuh hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berbahagia ....................................................................................................................
bagi menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia ....................................................................................................................
untuk menyampaikan hadiah kepada barisan panel hakim.

Dijemput Dr Rosli bin Abdul Rahman, merangkap ketua hakim untuk menerima sijil dan cenderamata.

Seterusnya dipersilakan En Muhammad bin Che Majid.
Dan dipersilakan En Mohd Sarifudin bin Mat Salleh.
Majlis sekali lagi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

Majlis diteruskan lagi dengan penyampaian piala dan sijil kepada peserta-peserta Pertandingan Pidato Kebudayaan dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan.

Pemenang tempat ketiga .............................................................................. dipersilakan dari unit ....................................................................... membawa pulang trofi dan sijil penyertaan.

Naib johan dipersilakan ....................................................................... dari unit ....................... membawa pulang trofi dan sijil penyertaan.

Dan johan Pertandingan Pidato Kebudayaan dan Keseniaan Melayu Peringkat IPG Kampus Sultan Mizan untuk tahun 2012. Telah disandang oleh peserta ................................................................ dari unit ............................... membawa pulang trofi dan sijil penyertaan.

Tahniah diucapkan kepada pemenang dan tahniah juga kepada peserta-peserta yang telah mengambil bahagian.

Terima kasih diucapkan kepada.............................................................................. atas penyampaian  hadiah itu tadi.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Dengan berakhirnya upacara penyampaian hadiah dan cenderamata itu tadi kita telah pun berada di penghujung majlis. Saya bagi pihak majlis, memohon ampun dan maaf seandainya terdapat kekurangan dan salah silap sepanjang majlis ini berlangsung.

Bunga dedap di atas para,
            anak dusun pasang pelita;
kalau tersilap tutur bicara,
               jemari disusun maaf dipinta.

Di atas dahan burung tempua,
melihat rusa tepi perigi;
   salam perpisahan untuk semua,
dilain masa bersua lagi.

Sekian, wabillahitaufik wal hidayah, assalamualaikum wbt. Terima kasih.

7 comments:

  1. mohon guna teks sebgai contoh. Terima kasih in advance

    ReplyDelete
  2. dietary treatment of fatty liver dietary treatment of fatty liver dietary treatment
    of fatty liver

    My blog post; how can we treat fatty liver

    ReplyDelete
  3. Trm kasih ats prkgsian ilmu,sgt berguna kepada saya yg baru trlibat dlm pgcaraan majls. Mg dpermudahkn sgla urusn tuan.

    ReplyDelete
  4. Terima kasih ats perkongsian ilmu yg sangat berguna.Mg dpermudahkn Allah dlm sgla urusan.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah. Terima kasih. Semoga diberkati.
    Amin Ya Rabb.

    ReplyDelete
  6. mohon copy ..
    semoga dirahmati Allah

    ReplyDelete
  7. mohon perkongsian.. terima kasih.

    ReplyDelete

~TERIMA KASIH KERANA MEMBERI KOMEN~
~SEMOGA BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT~

Template Edited By Mastura Aziz to Ieyzartd Syahieyr All Rights Reserved © 23 JUNE 2014