1.0 PENGENALAN

Istilah Inggeris- survival iaitu the will to live,to outlive, state of continuing to live. Maka dalam pengertian bahasa Melayu, ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Di dalam konteks kegiatan luar, ikhtiar hidup ialah usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus hidup ketika menghadapi ancaman. Ikhtiar hidup merupakan keupayaan atau keadaan sesuatu itu untuk terus hidup. Ia juga juga boleh diertikan sebagai usaha atau ikhtiar yang harus dilakukan oleh seseorang itu supaya dia terus boleh hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman. Merupakan masalah yang harus di atasi melalui usaha-usaha yang mampu dilakukan oleh seseorang.

S – Size up the situation
U – Use all your senses
R – Remember where you are
V – Vanquish fear and panic
I – Improvise
V – Value living
A – Act like native
L – Live by your wits

2.0 SITUASI DALAM IKHTIAR HIDUP

Antara situasi berlakunya ikhtiar hidup ialah apabila kehabisan bekalan makanan dan minuman. Kita terpaksa bersedia untuk menerima kemungkinan ini apabila masuk ke dalam hutan. Oleh itu, persediaan yang rapi mestilah dilakukan supaya kita dapat meneruskan kehidupan sehingga diselamatkan. Selain itu, ikhtiar hidup ini mungkin juga berlaku apabila berlakunya ancaman binatang buas ke atas diri kita. Pada waktu yang sama, kita mungkin terpaksa berhadapan dengan bahaya dan kita juga mesti tahu untuk menyelamatkan diri. Bagaimana untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa binatang buas dan menyelamatkan diri. Seterusnya ialah situasi di mana kita mneghadapi masalah perlindungan. Mungkin sewaktu masuk ke dalam hutan kita terlupa membawa khemah ataupun kita tersesat di dalam hutan. Mungkin kita tidak mempunyai alat kelengkapan iaitu khemah untuk menjadi tempat perlindungan kita. Oleh itu, ikhtiar hidup akan membantu kita mempelajari cara-cara untuk membuat pondok daripada tumbuhan yang terdapat di dalam hutan.

a) Situasi ikhtiar hidup dapat dicegah daripada berlaku melalui:-

1.) Perancangan dan persiapan kegiatan secara teliti.
2.) Mental – pengetahuan tentang ikhtiar hidup
3.) Fizikal – kecergasan dan ketahanan tubuh badan
4.) Teknik – kemahiran ikhtiar hidup
5.) Material – peralatan, pakaian dan bekalan

b) Punca situasi ikhtiar hidup

Akibat kelalaian manusia itu sendiri sama ada diperingkat perancangan, persiapan dan pelaksanaan kegiatan luar ataupun aktiviti luar. Seterusnya kurang pengetahuan dan kemahiran dalam bidang yang diceburi iaitu bidang mengenai hutan dan cara untuk menyesuaikan diri dalam hutan. Kurang pengetahuan dan kemahiran adalah kelemahan yang sepatutnya tidak berlaku jika ingin melakukan aktiviti luar.

3.0 KEPENTINGAN ILMU IKHTIAR HIDUP

Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup adalah merupakan salah satu perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin melibatkan diri dalam kegiatan rekreasi luar. Ini kerana, kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko. Ilmu ikhtiar hidup ialah sebagai salah satu ilmu bagi menjamin keselamatan orang yang terlibat dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup merupakan perkara terpenting yang harus diketahui oleh setiap individu yang ingin menceburkan diri dalam kegiatan luar. Pengetahuan dan kemahiran dalam bidang ikhtiar hidup penting kerana kegiatan luar itu sentiasa terdedah kepada pelbagai cabaran dan risiko.
4.0 PRINSIP IKHTIAR HIDUP

1. Keselamatan

Keutamaan kepada keselamatan nyawa pada setiap masa. Selain itu, kita mestilah menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh – memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak kerana anda terlalu lapar. Di samping itu, Situasi ikhtiar hidup akan menjadi lagi rumit jika anda tidak menghiraukan soal keselamatan diri. Ini kerana sewaktu berada dalam keadaan ikhtiar hidup, kita tidak mengetahui tentang keadaan keselamatan diri kita. Oleh itu kita mestilah sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. keutamaan hendaklah diberikan kepada soal keselamatan nyawa. Ini dapat dilakukan dengan menjauhkan diri daripada melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan keselamatan. Sebagai contoh, elakkan memakan tumbuh-tumbuhan yang tidak diketahui sama ada boleh dimakan atau tidak.walaupun anda berasa sangat lapar. Masalah ikhtiar hidup akan menjadi lebih rumit jika soal keselamatan tidak diambil kira.

2. Usaha

Berbagai-bagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah sikap yang tidak membantu. Selain itu, jika satu usaha gagal, berusaha mencuba cara yang lain tanpa menjejaskan keselamatan anda. Lebih banyak usaha yang dilakukan, lebih cerah peluang seseorang itu untuk mengharungi situasi ikthiar hidup mereka. Akhir sekali, kebolehan mereka ganti (improvisation) amatlah membantu sewaktu berada dalam hutan ataupun dalam keadaan ikhtiar hidup. dalam stuasi ikhtiar hidup,pelbagai usaha hendaklah dilakukan dari semasa ke semasa sebagai ikhtiar bagi mengatasi masalah yang sedang dihadapi. Sikap berdiam diri dan berserah kepada nasib semata-mata adalah satu sikap yang tidak akan membantu. Jika suatu usaha itu gagal, maka usaha yang lain hendaklah dilakukan asalkan tidak menjejaskan keselamatan. Lebih banyak usaha yang dilakukan maka lebih cerahlah peluang sesorang itu mengatasi situasi ikhtiar hidup yang sedang dihadapinya.

3. Kawalan diri

Kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri, perasaan panik, hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Kes kecelakaan diri semasa ikhtiar hidup banyak berpunca dari kurangnya kawalan diri. dalam situasi ikhtiar hidup, kawalan diri sangat penting dilakukan supaya segala keputusan dan tindakan dapat memberikan hasil yang positif. Tanpa kawalan diri,perasaan panik,hilang perhitungan akan menyebabkan seseorang itu bertindak terburu-buru. Keadaan ini sudah pasti akan merumitkan lagi masalah yang dihadapi.

4. Kerjasama

Jika menghadapi situasi ikhtiar hidup di dalam berkumpulan, kerjasama erat amatlah penting. Kerjasama juga akan mewujudkan suasana dan peluang yang lebih terjamin. jika dalam kumpulan, kejasama yang erat dan berterusan amatlah penting supaya kumpulan itu dapat mengatasi sesuatu masalah atau kesulitan. Jika ahli kumpulan tidak sepakat, keadaan akan bertambah rumit.
5.0 ALAT-ALATAN UNTUK IKHTIAR HIDUP

Alat

Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi sebarang kemungkinan situasi ikhtiar hidup. Alat tersebut perlu dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau di air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam satu bungkusan yang khusus serta kalis air. Alatan ini juga mestilah dibungkus kecil supaya tidak menggunakan banyak tempat di dalam beg anda. Sebagai salah satu persiapan bagi menghadapi kemungkinan situasi ikhtiar hidup, maka alat tertentu perlulah dibawa setiap kali anda mengadakan kegiatan luar sama ada di darat atau air. Alat-alat tersebut hendaklah dibungkus dalam bungkusan yang khusus dan kalis air. Saiz bungkusan hendaklah sekecil mungkin supaya tidak banyak menggunakan ruang. Alat-alat ikhtiar hidup itu terbahagi kepada 3 jenis iaitu makanan,perubatan dan alat-alat kegunaan.

1) Makanan

Makanan ikhtiar hidup hendaklah dari jenis yang ringan dan mudah dimasak serta mempunyai nilai kalori yang tinggi. Kuantiti yang diperlukan kira-kira mencukupi bagi keperluan selama 24 jam.

Cadangan-2 keping coklat,2 bungkus sup segera,4 sudu quaker oat, dan sebungkus garam 40gm.

2) Perubatan

5 pil anticirit-birit,1 pil antimalaria, 1 set alat khusus patukan ular, 4 pil paracetamol/panadol/ponston,10 biji antibiotic,ubat luka,ubat sapu antibiotic.dll.

3) Alat kegunaan

Alat-alat kegunaan ini terdiri daripada alat-alat yang boleh membantu usaha-usaha tertentu. Alat-alat ini hendaklah ringan dan bersaiz kecil.

Antara alat-alat yang sesuai:-

-2 utas tali pancing(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-3 bentu mata kail/mata pancing ukuran kecil
-2 utas tali untuk membuat jerat(tiap-tiap satu sepanjang 3 m)
-1 @2 batang lilin
-1 kotak mancis api/1 pemetik api
-1 cermin muka kecil (sebagai isyarat menarik perhatian)
-pisau/parang/pisau yang dibuat khusus untuk tujuan ikhtiar hidup yang mengandungi alat tertentu yang diisikan dalam bahagian hulunya.

Lain-lain alat yang mungkin dibawa seperti lastik,kompas kecil dll.

Parang lebih berkesan berbanding pisau ,kerana parang boleh berfungsi sebagai pisau tetati pisau ntidak boleh berfungsi sebagai parang. Alat-alat makanan ikhtiar hidup hendaklah diganti apabila sudah melebihi tempoh penggunannya. Jika tidak, bahan tersebut boleh menyebabkan keracunan makanan. Alat-alat yang dicadangkan hanyalah sebagai panduan sahaja. Anda boleh mengubahsuai alat-alatan ini jika difikirkan perlu.

Air
Seseorang itu, mungkin boleh hidup lebih dari 2 minggu dengan hanya meminum air tanpa menjamah makanan.Kekurangan air sebanyak 2% – berlaku 25% kepincangan kepada system otot dan otak. Kekurangan air sebanyak 10% – berada ditahap serius. Kekurangan air sebanyak 20% – fatal stage (maut)

Punca air
punca air yang senang untuk didapati apabila berada di dalam hutan ialah anak sungai, tasik, dan sungai. Untuk mencari air, segera turun ke kawasan lurah atau lembah. Susuri lurah yang lebih rendah sehingga berjumpa dengan mata air atau lelehan air

Tanda-tanda terdapatnya punca air 

1. Bunyi
Air yang mengalir di celah-celah batu terutamanya dikawasan lata, air terjun, cegar dan jeram, pasti mengeluarkan bunyi. Matikan langkah dan pasang telinga untuk mendengar bunyi tersebut. Jika bunyi air terlalu jauh, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

2. Penglihatan
Lihat jika ada air terjun atau sungai ketika anda berada di tempat yang tinggi. Jika tempat tersebut terlalu jauh, seperti biasa, gunakan kompas dan bearing untuk ke kawasan air tersebut.

3. Binatang
Jika terdapat banyak binatang dan burung dikawasan tersebut, pasti disekitarnya ada punca air

4. Serangga
Kehadiran serangga seperti lalat, kumbang, lebah, tebuan dan nyamuk adalah tanda positif untuk mendapat air.


ELEMEN IKHTIAR HIDUP

Satu daripada elimen terpenting dalam ikhtiar hidup (survival) ialah yang terletak diantara dua telingan anda, iaitu otak. JANGAN PANIK, gunakan akal dan anda haruslah berlatih menggunakan 5 elimen asas sebelum anda terpaksa bergantung dengannya.

Api boleh digunakan untuk memasak air, memasak makanan, memberi isyarat kepada penyelamat, memanaskan badan, cahaya dan keselesaan, membantu menghalau binatang liar, dan merupakan sahabat ketika bersendirian. Setiap mereka yang melibatkan diri dengan aktiviti luar (Outdoors) harus mempunyai pengetahuan cara untuk menyalakan api sekurang-kurangnya dalam dua keadaan, satu dengan peralatan dan satu lagi tanpa peralatan. Beberapa tompokan unggun api yang kecil lebih banyak menghasilkan haba berbanding satu tompokan unggun api yang besar. Cari dan kumpulkan kayu api untuk diganakan pada sebelah malam dan kemudian kumpulkan lagi dengan jumlah yang sama, kerana sudah pasti anda memerlukannya kemudian. Jimatkan bahan bakar dengan cara membuat “star fire” dimana cuma hujung kayu sahaja yang terletak didalam unggun api, cuma tolak kedalam jika bahan bakar diperlukan lagi. Buat pembalik haba dengan membuat dinding dibelakang ataupun kawasan haba yang berdekatan dengan dinding seperti tembok atau dinding gua. Duduk diantara api dan dinding tersebut supaya anda dapat menerima pemanasan dari belakang.

Perlindungan bermaksud anda melindungi diri anda daripada terdedah kepada pancaran matahari yang berlebihan, sejuk, angin dan hujan. Apa sahaja yang boleh menambah dan mengurangkan suhu badan anda boleh menjadi musuh anda. Pakaian merupakan cara perlindungan pertama, pakaian yang sesuai untuk keadaan yang sesuai. Sentiasa memakai topi. Cuba dan kekalkan supaya lapisan pakaian yang terdekat dengan badan anda sentiasa kering. Lapisan yang terdekat dengan kulit lebih panas daripada sehelai baju yang tebal. Jangan membazirkan tenaga untuk membuat tempat perlindungan sedangkan alam semula jadi telah menyediakannya (seprti gua dll.). Sentiasalah berlatih untuk membina tempat perlindungan yang mudah sekiranya anda tidak menemui tapak perkhemahan yang sesuai. Jangan tunggu untuk membuat tapak perkhemahan sendiri. Gunakan “SPACE BLANKET” ataupun baju hujan untuk mengelak daripada kelembapan, atau untuk menutup tempat perlindungan anda ataupun digunakan sebagai selimut dengan keadaan duduk mencangkung (squat position) untuk memberi konsentrasi haba didalam badan.

ISYARAT menandakan kehadiran kita dan kebolehan kita menarik perhatian orang lain untuk meminta bantuan. Api, lampu suluh, penanda berwarna cerah, bendera, cermin dan wisel boleh membantu anda untuk diketemui. Tiga tompokan unggun api yang membentuk segitiga menandakan anda dalam kesusahan. Kawal pembakaran anda daripada merebak dan merosakkan persekitaran. Gunakan Cermin Isyarat atau cermin biasa apabila anda terlihat kapalterbang, atau orang pada jarak yang jauh. Gunakan Pemancar Cahaya Kecemasan “EMERGENCY STROBE light” pada sebelah malam untuk menarik perhatian mereka yang mungkin berada dikawasan tersebut. Buat unggun api dengan bahan organic (rumput lembap / getah) untuk menghasilkan asap yang tebal pada sebelah siang. Cari kawasan yang luas untuk membuat isyarat udara seperti S.O.S daripada batu, kayuan atau pakaian berwarna, dan apa sahaja yang boleh membezakan dengan warna permukaan tanah. Kebanyakkan kerja menyelamat menggunakan kapalterbang / helikopter sebagai cara pertama mereka untuk memerhati.

MAKANAN/AIR berkait secara langsung dengan ikhtiar hidup. Kawal perpeluhan anda bukannya mengawal pengambilan air. Kalau boleh anda digalakkan untuk hanya meminum air pada sebelah petang yang redup atau dingin. Anda boleh hidup sehingga tiga hari lamanya tanpa meminum air. JANGAN memakan tumbuhan yang anda tidak pasti. Jangan sesekali anda meminum urin (cecair dari tubuh spt. peluh / kencing). Anda seharusnya membawa sejumlah makanan dengan mengandaikan bahawa anda akan memerlukan makanan dan air yang lebih sebelum merancang perjalanan anda. Bawa makanan ringkas yang berprotein, bertenaga dan berglukosa tinggi (coklat, gula-gula) didalam poket anda pada setiap masa, untuk kegunaan ketika perlu. Masaklah air dengan menambahkan 10 minit atau lebih tempoh memasak air setiap kedudukan anda meningkat 1000 kaki dari aras laut. Tapis air menggunakan sapu tangan anda untuk mengasingkan bendasing yang kasar daripada air minuman anda. Jangan tunggu hingga anda betul-betul kehabisan air baru hendak mencari air. Simpan air anda didalam bekas minuman. Jangan memakan mana-mana buah-buahan liar jika anda tidak pasti. Anda boleh mengumpulkan air hujan dengan menggunakan “space blanket” atau baju hujan anda dengan menadahkannya diatas permukaan tanah yang tinggi sedikit dan terbuka.

PERTOLONGAN CEMAS bukan sahaja keperluan perubatan yang asas, ia juga merupakan tindakan asas untuk ikhtiar hidup. JANGAN PANIK, sentaias tenang dan lakukan apa yang anda harus lakukan serta jangan lupa menjaga keselamatan diri sendiri. “STOP” bermaksud Sit (duduk), Think (fikir), Observe (tinjau), dan Plan (rancang). Ia merupakan tindakan bijak apabila anda dapati anda telah tersesat atau terkandas. Elimen terpenting ialah BERFIKIR SECARA RASIONAL, ini hanyalah petunjuk kecemasan yang asas. Periksa segala keperluan sebelum mengembara, buat catatan perubatan “medical checklist” dan sediakan kit kecemasan peribadi yang kecil dan bawalah ia bersama setiap masa. Kebanyakkan situasi ikhtiar hidup hanya memerlukan alat rawatan untuk luka kecil, bengkak dan keperluan perubatan peribadi. Pastikan anda tahu apa yang anda ada dan tahu cara menggunakannya. Jangan terlebih “muatan”, bawa hanya barang yang difikirkan perlu sahaja. Bawa juga gambar keluarga atau orang tersayang dan simpannya bersama peralatan anda untuk mengingatkan anda supaya bertenang dan berusaha untuk terus hidup. Elakkan “hypothermia” (in english) dengan memanaskan badan anda dengan baju panas atau “space blanket”.


KESIMPULAN

Ikhtiar Hidup bukan hanya berusaha untuk terus hidup sahaja, namun berusaha untuk keluar dari keadaan tersebut. Di dalam menjalankan aktiviti pengembaraan di hutan sekiranya tersesat ilmu iktiar hidup adalah perlu digunakan. Selain itu, Ilmu ikhtar hidup perlu dipelajari disebabkan perkara-perkara berikut:-

a. Sesat di dalam hutan atau terpisah dari kumpulan.
b. Rintangan cuaca yang tidak mengizinkan pulang mengikut jadual.
c. Terselamat dalam nahas udara atau laut.

Kawasan hutan tropika adalah kawasan yang senang untuk ikhtiar hidup. Latihan untuk berikhtiar hidup akan memberi pendedahan, pengetahuan dan keyakinan untuk kita mengatasi keadaan berikhtiar hidup jika keadaan memerlukan berbuat demikian.

Dalam kontak Pendidikan Ikhtiar Hidup diertikan sebagai usaha yang harus dilakukan oleh seseorang supaya boleh terus hidup ketika menghadapi sesuatu ancaman atau masalah kehabisan bekalan makanan.

Oleh itu, program pendidikan luar perlulah disokong kerana aktiviti seperti ikhtiar hidup yang menjadi salah satu perkara ataupun elemen yang wajib dalam pendidikan luar ini. Ini kerana melalu aktiviti ikhtiar hidup ini, ia dapat mewujudkan kecekalan yang tinggi dalam setiap peserta dan mampu meningkatkan keyakinan diri peserta. Ini juga dapat melahirkan insan yang seimbang dan harmonis mengikut falsafah pendidikan kebangsaan iaitu dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan juga sosial.