Definisi dan Konsep

Perkataan rekreasi berasal daripada bahasa Latin iaitu recretio yang bererti penyegaran kesihatan (Torkildsen, 1992). Dengan kata lain rekreasi bermaksud penyegaran kembali jasmani dan rohani seseorang. Torkildsen juga menyatakan rekreasi ialah pengalaman individu (apa yang individu itu lakukan sebagai seorang insan), sebagai aktiviti atau sebagai institusi (struktur yang dibuat untuk komuniti) ataupun cara lain sebagai satu proses (apa yang berlaku kepada individu) dan sebagai struktur (rangka kerja di mana rekreasi dilatih). Manakala menurut Edington & Kraus et al. (1990), rekreasi merupakan satu aktiviti yang dilakukan semasa waktu lapang, menyenangkan dan mempunyai kualiti sosial. Rekreasi secara keseluruhannya digambarkan sebagai perbuatan seseorang individu menyertai sesuatu aktiviti dengan kerelaan serta kesenangan pada masa lapang. Selain itu, rekreasi juga boleh dikenal pasti sebagai pengalaman emosi semasa penglibatan di dalam aktiviti. Dengan erti kata lain rekreasi mestilah melibatkan kerelaan diri seseorang. Aktiviti rekreasi boleh dikatakan sebagai satu institusi sosial di mana ia boleh dilihat sebagai penggerak utama ekonomi dalam masyarakat. Ia juga salah satu tanggungjawab penting dalam kerajaan dan sumber pekerjaan bagi masyarakat. Masa lapang pula boleh didefinisikan sebagai masa lapang daripada tanggungjawab kerja dan diri sendiri.

Rekreasi boleh ditafsirkan sebagai melakukan aktiviti luar pada waktu lapang untuk menyihatkan tubuh badan serta mencerdaskan minda dan dalam masa yang sama dapat mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah seperti beriadah bersama keluarga dan rakan.

Konsep sukan rekreasi

Sukan rekreasi yang lasak dan mempunyai cabarannya yang tersendiri sememangnya digemari oleh para remaja dan dewasa yang aktif. Pelbagai aktiviti yang menarik yang berasaskan aktiviti air, darat, dan dalaman.

Konsep utama sukan rekreasi ini adalah untuk mendapat kepuasan kendiri (personal fulfillment). Orang ramai yang gemar berrekreasi ini biasanya melakukan aktivi yang digemari mereka untuk mendapatkan kepuasan kendiri.

Dalam sukan rekreasi ini mempunyai konsep sosialisasi iaitu yang berkaitan dengan perawakan seseorang. Konsep ini memberi peluang kepada pelajar untuk lebih banyak bergaul dan berinteraksi dengan rakan-rakan mereka. Dengan ini para pelajar akan dapat meluaskan pergaulan mereka dan mempunyai hubungan yang baik diantara mereka.

Sosialisasi ini juga dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk memupuk dan mengamalkan nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak ansur, toleransi, dan sebagainya.

Konsep sukan rekreasi ini dapat membantu dalam pembentukan diri individu, pembangunan insan, pembangunan negara, kepimpinan, gaya hidup sihat, kecerdasan, pendidikan sepanjang hayat,dan dinamik kumpulan.

Definisi sukan rekreasi
1. Rekreasi merupakan aktiviti yang dirancang pada masa lapang untuk tujuan keseronokan, ketenangan minda dan merehatkan badan.
2. Kesenggangan pula membawa maksud masa terluang yang digunakan untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan dan memberi kepuasan dalam diri individu.
3. Menurut kamus, rekreasi bermaksud kegiataan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran seperti riadah, beristirehat dan melalukan aktiviti yang dapat menghiburkan hati.
4. Mengikut Ford (1981), rekreasi merupakan program yang meliputi penggunaan persekitaran yang semula jadi bagi tujuan mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran kurikulum yang sedia ada. Ia juga merangkumi perkembangan pengetahuan, kemahiran, ilmu dan sikap khususnya penggunaan masa senggang.
5. Mengikut Hammerman et.al (1985), sukan rekreasi merupakan landasan untuk mengenal pasti pelbagai pengetahuan dan ilmu yang boleh digunakan dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian.
6. Mengikut Knapp (1981), sukan rekreasi ialah alat untuk mencapai matlamat dan objektif pendidikan.
7. Konsep sukan rekreasi
– Berasaskan aktiviti darat

a. Lasak
b. Alam
– Berasaskan aktiviti air – Berasakan aktiviti dalaman – Campuran kedua aktiviti – Konsep sukan rekreasi adalah sosialisasi. – Sosialisasi ini berkaitan dengan perawakan seseorang.
– Konsep sosialisasi ini memberikan peluang kepada para pelajar untuk bergaul antara rakan-rakan.
– Ini akan menyebabkan para pelajar mempunyai hubungan yang akrab di antara mereka.
– Selain itu ia juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mewujukan interaksi antara masyarakat.

Ini akan menyebabkan mereka nemahami antara satu sama lain.
– Sosialisasi ini juga memberikan peluang kepada para pelajar untuk mempelajari nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak-ansur dan toleransi.
– Dengan ini seseorang pelajar dapat mengaplikasikan nilai-nilai murni yang telah dipelajari dalam kehidupan harian kita.
– Selain itu, konsep sukan rekreasi ini juga membentuk sesseorang individu yang kaya dengan nilai-nilai murni.

8. Konsep sukan rekreasi ini mempunyai fungsi di mana ia membantu dalam
– pembentukan personaliti
– pembangunan insan
– pembangunan Negara
– gaya hidup sihat
– kepimpinan
– kecerdasan
– sosialisasi
– pendidikan sepanjang hayat
– dinamik kumpulan